So, What's Our Action? 😢

Jadi, apa tindakan kita sebagai daie, sebagai umat Islam untuk atasi ancaman-ancaman yang dah dijelaskan dalam post-post sebelum ni?

Dari Huzhaifah bin Al-Yaman dari Nabi SAW bersabda:” Demi Dzat yang jiwaku ditangan-Nya, hendaknya engkau melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, atau jika tidak Allah hampir mengirim azabnya, kemudian engkau berdo’a tetapi tidak dikabulkan

(HR At-Tirmidzi dan Ahmad).

Back to basic : Ya, amalkan amal makruf nahi mungkar ; menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Bukankah Allah kata bilamana kita mengamalkan amar makruf nahi mungkar, maka kita adalah sebaik-baik umat? Lihat Surah Ali Imran ayat 110, yang bermaksud :

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "

Haa, taknak jadi sebaik-baik umat ke?
Mestilah nak kan?

Memang kita tak mampu nak hentikan ancaman-ancaman yang semakin hari semakin melampau ni, tapi kita mampu sebarkan dakwah, kita mampu sedarkan masyarakat melalui dakwah.

Dan...

Bilamana mereka ada kesedaran tentang Islam dan tahu hukum hakam dalam Islam, sekaligus kita mampu cegah ancaman-ancaman yang telah disebut daripada merebak semakin teruk terutama dalam masyarakat kita harini.

Korang pernah terfikir tak?

Dulu masa Nabi-nabi yang dah wafat seperti Nabi Nuh alaihi salam, Nabi Musa alayahi salam, Isa alayhi salam dan lain-lain, Allah lantik Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam, dah  tidak ada Nabi lagi selepas ini.

Kenapa?

Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi cita dan risalah para Nabi untuk membawa manusia kepada Allah atau dengan erti kata lain, kitalah mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!

Bak kata Syed Qutub ; “ kita bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan ini.."

Jadi kita ada pilihan, nak jadi ummat terbaik atau ummat “terbalik”..

Imam Hassan al Banna pernah berkata :

“Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.

Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.”

Reference : http://www.tarbiahsentap.com/2014/12/bss-45-umat-terbaik-atau-terbalik.html

Moga Allah redha.

Wallahua’lam

PART 10 : What is Hedonisme? 😨

Here, last part yang dinanti-nanti. Ancaman yang paling dekat dengan kita sekarang ni. Apa? Iya, hedonisme.

Hedonisme ialah SIKAP & AMALAN yang MENGAGUNGKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN di dalam kehidupan.

Apa ciri-ciri hedonisme?

1. Mempengaruhi manusia supaya BERKIBLATKAN hiburan sehingga meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah.
2. Menggunakan MEDIA MASSA sebagai alat untuk mempengaruhi manusia.
3. Kebanyakan dibawa daripada negara BARAT & KOREA SELATAN. 
4. Menjadikan artis/selebriti sebagai IDOLA mereka.
5. Memasukkan juga elemen PERJUDIAN di dalam rancangannya.

Contoh hedonisme :
1. Pesta Arak
2. Konsert
3. Program Realiti TV (nyanyian)
4. Program Realiti TV (komedi)
5. Rancangan sukan

Sebenarnya, tak payah tengok ciri dan contoh kat atas pun kita boleh kenalpasti hedonisme dunia zaman ini.

Bukti?

Okay, tanya diri sendiri, antara smartphone dan al-quran, mana yang lebih lama kita tatap?
Antara ceramah dan konsert, yang mana lebih kita tertarik?
Antara mall dan masjid, yang mana lebih kita pilih? 

Semua jawapan tu terjawab oleh akal dan hati sendiri. Jika benar kita cinta Allah, kenapa kita masih mengejar dunia? Jika benar syurga yang kita nantikan, kenapa tiada satu pun yang kita sanggup korbankan? 

Kita boleh luang masa dengan perkara-perkara maksiat,  tetapi kenapa tidak dengan ibadah? 

Bukankah ibadah itu juga salah satu hiburan? 

Hati kita sudah tenat sahabat. Ayuh bangkitlah sebagai daie buat diri, buat masyarakat, buat Islam. 

Hijrah mencari Mardhatillah.
#HenshinSahabat

PART 9 : What is Fahaman Ekstrim? 😨

Second last part, Fahaman Ekstrim.

Apa itu fahaman ekstrim?
Fahaman ekstrim ialah fahaman dalam agama yang KERAS & EKSTRIM sehingga membawa kepada PERPECAHAN dikalangan MASYARAKAT AWAM. 

Ciri-ciri fahaman ekstrim :
1. MENGKAFIRKAN & MEMBID’AHKAN kumpulan yang berbeza pandangan dengannya dalam masalah furu’.
2. BERKERAS dengan pendapat dan pandangan yang dipegang olehnya.

Contoh :
1. Ahbash
2. Wahabi
3. TakfirSecond 

Bukankah kita perlu berdakwah dengan kelembutan? 

Sesuai dengan firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 :

ﺍﺩْﻉُ ﺇِﻟَﻰٰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺑِﺎﻟْﺤِﻜْﻤَﺔِ ﻭَﺍﻟْﻤَﻮْﻋِﻈَﺔِ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔِ ۖ ﻭَﺟَﺎﺩِﻟْﻬُﻢْ ﺑِﺎﻟَّﺘِﻲ ﻫِﻲَ ﺃَﺣْﺴَﻦُ ۚ ﺇِﻥَّ ﺭَﺑَّﻚَ ﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﻤَﻦْ ﺿَﻞَّ ﻋَﻦْ ﺳَﺒِﻴﻠِﻪِ ۖ ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﺎﻟْﻤُﻬْﺘَﺪِﻳﻦَ

Maksudnya :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Berdakwah dengan hikmah, InshaAllah Islam dipandang ummah. 🌼

PART 8 : What is Human Right? 😨

Haa next, HUMAN RIGHT.
Part yang paling jarang didengar kan?
Ok tidak mengapa.

Human Right ialah kumpulan manusia yang memperjuangkan HAK-HAK ASASI MANUSIA dan menyokong segala TUNTUTAN YANG BERCANGGAH dengan PRINSIP AGAMA. 

Ciri-ciri :
1. Membuat TUNTUTAN YANG PELIK dan bercanggah dengan tabi’ie manusia.
2. MEMBELA golongan yang telah didakwa bersalah dari sudut undang-udang civil dan syariah.
3.MENCABAR UNDANG-UNDANG dan perlembagaan negara (terutamanya undang-undang syariah).

Contoh :
1. Hak sama rata L & P
2. Kebebasan bersuara
3. COMANGO
4. Lesbian (Hubungan sejenis perempuan dan perempuan)
5. Gay (Hubungan sejenis lelaki dan lelaki)
6. Biseksual (Tertarik kepada perempuan dan lelaki)
7. Transgender (Penukaran jantina lelaki ke perempuan dan sebaliknya)
8. Intersex
9. Queer

PART 7 : What is Ajaran Sesat? 😨

Ancaman seterusnya......?
Ya, ajaran sesat.

Ajaran sesat ialah :
Sebarang ajaran yang didukungi oleh orang Islam dan bukan Islam sedangkan ia BERTENTANGAN dengan AL-QURAN, SUNNAH, IJMAK, DAN QIAS serta BERCANGGAH dengan pegangan atau fatwa ASWJ dari sudut AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK. 

Ciri-ciri ajaran sesat :
1. MENGINGKARI rukun Iman dan Islam.
2. MEYAKINI ATAU MENGIKUTI akidah yang bercanggah dengan syarak.
3. Meyakini TURUNYA WAHYU setelah al-Quran.
4. MENGUBAH ASAS-ASAS IBADAH yang telah ditetapkan syarak.
5. MENGINGKARI Nabi Muhammad sebagai nabi & rasul terakhir.

Contoh :
1. Muktazilah
2. Qadariyah
3. Jabariah
4. Khawarij
5. Ahmadiah Qadiani
6. Millah Abraham @ Ibrahim
7. Kerajaan Langit (Ayah Pin)
8. Black Metal

Yang nombor 7 paling familiar kan? Kalian pun sudah tahu kisahnya bukan? Bahkan, isu Tuhan Harun yang mengaku dirinya tuhan juga termasuk dalam contoh ajaran sesat. Dan, kalian juga pasti tahu pengakhiran hidupnya bagaimana ; strok lalu mati. Haa, disitu sudah terang lagi bersuluh bahawa dia salah satu pembawa ajaran sesat.

Allahuakhbar!

Jelas sekali firman Allah dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4 :

ﻗُﻞْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ
1. Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.

ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟﺼَّﻤَﺪُ
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

ﻟَﻢْ ﻳَﻠِﺪْ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﻮﻟَﺪْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﻟَﻪُ ﻛُﻔُﻮًﺍ ﺃَﺣَﺪٌ
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Tiada seorangpun yang setara dengan Allah. Ya! Jom sama2 doa supaya hati kita sentiasa teguh pada Islam.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻳَﺎ ﻣُﻘَﻠِّﺐَ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮْﺏِ , ﺛَﺒِّﺖْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ ﻋَﻠَﻰ ﺩِﻳْﻨِﻚ
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu.

PART 6 : What is Islamic State? 😨

Next, Islamic State.

Islamic State ialah sebuah kumpulan pejuang Islam yang ingin menubuhkan DAULAH ISLAMIYYAH (negara Islam) dengan MENYALAHERTIKAN kefahaman tentang konsep JIHAD.

Ciri-ciri :
1. Propaganda mereka adalah dengan menawarkan ganjaran MATI SYAHID.
2. Menganggap Malaysia sebuah NEGARA SEKULAR yang harus diperangi.
3. Menghalalkan darah ORANG KAFIR yang berada di negara Islam.
4. Mereka MEREKRUT jentera tanpa mengira jantina, had umur, latar belakang pendidikan, mahupun pekerjaan.

Contoh :
1. DAESH/ISIS/ISIL
2. Al-Qaeda
3. Abu Sayaf

Next Post : What is Ajaran Sesat?

PART 5 : What is Evangelis? 😨

Part 5?
Evangelis?

Ancaman ini pun salah satu ancaman yang sangat popular.

Tahu apa itu evangelis?

Baiklah, kita sambung.

Evangelis ialah kumpulan  yang menyebarkan DAKYAH KRISTIAN secara halus dan terancang di dalam sebuah NEGARA ISLAM.

Ciri-ciri evangelis?

Satu : Menyebarkan dakyah melalui PEMBERIAN SUMBANGAN dan BANTUAN kepada golongan susah.

Ibaratnya, golongan evangelis ni sangat mengambil berat terhadap golongan yang susah terutama golongan yang mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Dan, paling bahaya, focus utama mereka adalah kita, UMAT ISLAM. Allahu.

Dua : Menjadikan GEREJA sebagai pusat gerakan dan perhimpunan semua paderi.

Tiga : Berhasrat untuk MENAKHLUKI KERAJAAN ‘Kingdom of Glory’.

Empat : Pro kepada parti politik pembangkang.

Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan evangelis ini.
Antaranya :

1. Isu kalimah Allah di gereja.
2. Johor untuk jesus.
3. Insider movement.
4. Churchless Christianity.
5. Program Esportivo Missionario (PEM).

Stay tuned on my next post, PART 6.
 
Queen of Dai'e 👑 Blog Design by Ipietoon