Ancaman seterusnya......?
Ya, ajaran
sesat.
Ajaran sesat
ialah :
Sebarang ajaran yang didukungi oleh orang Islam dan bukan
Islam sedangkan ia BERTENTANGAN dengan AL-QURAN, SUNNAH, IJMAK, DAN QIAS serta
BERCANGGAH dengan pegangan atau fatwa ASWJ dari sudut AKIDAH, SYARIAT DAN
AKHLAK.
Ciri-ciri ajaran sesat :
1. MENGINGKARI
rukun Iman dan Islam.
2. MEYAKINI
ATAU MENGIKUTI akidah yang bercanggah dengan syarak.
3. Meyakini
TURUNYA WAHYU setelah al-Quran.
4. MENGUBAH
ASAS-ASAS IBADAH yang telah ditetapkan syarak.
5. MENGINGKARI
Nabi Muhammad sebagai nabi & rasul terakhir.
Contoh :
1.
Muktazilah
2. Qadariyah
3. Jabariah
4. Khawarij
5. Ahmadiah
Qadiani
6. Millah
Abraham @ Ibrahim
7. Kerajaan
Langit (Ayah Pin)
8. Black
Metal
Yang nombor
7 paling familiar kan? Kalian pun sudah tahu kisahnya bukan? Bahkan, isu Tuhan
Harun yang mengaku dirinya tuhan juga termasuk dalam contoh ajaran sesat. Dan,
kalian juga pasti tahu pengakhiran hidupnya bagaimana ; strok lalu mati. Haa,
disitu sudah terang lagi bersuluh bahawa dia salah satu pembawa ajaran sesat.
Allahuakhbar!
Jelas sekali
firman Allah dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4 :
ﻗُﻞْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ
1. Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟﺼَّﻤَﺪُ
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
ﻟَﻢْ ﻳَﻠِﺪْ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﻮﻟَﺪْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﻟَﻪُ ﻛُﻔُﻮًﺍ ﺃَﺣَﺪٌ
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".
Tiada seorangpun yang setara dengan Allah. Ya! Jom sama2 doa supaya hati kita sentiasa teguh pada Islam.
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻳَﺎ ﻣُﻘَﻠِّﺐَ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮْﺏِ , ﺛَﺒِّﺖْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ ﻋَﻠَﻰ ﺩِﻳْﻨِﻚ
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu.
Haah zaman sekarang makin menjadi-jadi ajaran sesat. Allahu akhir zaman erm.
ReplyDelete