Jadi, apa tindakan kita sebagai daie, sebagai umat Islam untuk atasi ancaman-ancaman yang dah dijelaskan dalam post-post sebelum ni?
Dari Huzhaifah bin Al-Yaman dari Nabi SAW bersabda:” Demi Dzat yang jiwaku ditangan-Nya, hendaknya engkau melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, atau jika tidak Allah hampir mengirim azabnya, kemudian engkau berdo’a tetapi tidak dikabulkan
(HR At-Tirmidzi dan Ahmad).
Back to basic : Ya, amalkan amal makruf nahi mungkar ; menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Bukankah Allah kata bilamana kita mengamalkan amar makruf nahi mungkar, maka kita adalah sebaik-baik umat? Lihat Surah Ali Imran ayat 110, yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "
Haa, taknak jadi sebaik-baik umat ke?
Mestilah nak kan?
Memang kita tak mampu nak hentikan ancaman-ancaman yang semakin hari semakin melampau ni, tapi kita mampu sebarkan dakwah, kita mampu sedarkan masyarakat melalui dakwah.
Dan...
Bilamana mereka ada kesedaran tentang Islam dan tahu hukum hakam dalam Islam, sekaligus kita mampu cegah ancaman-ancaman yang telah disebut daripada merebak semakin teruk terutama dalam masyarakat kita harini.
Korang pernah terfikir tak?
Dulu masa Nabi-nabi yang dah wafat seperti Nabi Nuh alaihi salam, Nabi Musa alayahi salam, Isa alayhi salam dan lain-lain, Allah lantik Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam, dah tidak ada Nabi lagi selepas ini.
Kenapa?
Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi cita dan risalah para Nabi untuk membawa manusia kepada Allah atau dengan erti kata lain, kitalah mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!
Bak kata Syed Qutub ; “ kita bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan ini.."
Jadi kita ada pilihan, nak jadi ummat terbaik atau ummat “terbalik”..
Imam Hassan al Banna pernah berkata :
“Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.
Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.”
Moga Allah redha.
Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment