PART 2 : What is Pluralisme? 😨

Alright, we proceed. ❤️

Have you guys heard or have information about 'What is pluralisme?'

Pluralisme adalah :
Menganggap bahawa SEMUA AGAMA ADALAH SAMA dan setaraf. Semua agama membawa kebaikan dan melarang keburukan. Semua agama membawa ke SYURGA.

Ciri-ciri Pluralisme? :
1. Mengagung-agungkan slogan TOLERANSI AGAMA.
2.  Dakwaan bahawa hak beragama golongan bukan Islam dianaktirikan.
3. Suka mengadakan acara DIALOG antara agama bagi mengangkat kedudukan agama lain.

Contoh? :
1. Isu penggunaan kalimah Allah.
2. Sambutan minggu harmoni silang-agama sedunia (minggu pertama Februari)

Pernah dengar tak pasal sambutan minggu harmoni silang-agama tuh?

Setiap tahun sejak sepuluh tahun lalu, pada setiap minggu pertama bulan Februari telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sambutan Minggu Harmoni Silang-Agama Sedunia dan disyorkan untuk disambut oleh setiap negara sebagai meraikan kepelbagaian dan perpaduan antara penganut agama-agama yang berbeza.

Sambutan ini bermula pada tahun 2007 dan diletakkan di bawah kelolaan PBB setelah usul oleh Raja Abdullah II, raja Jordan diluluskan dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2010. Ia bermula sebagai dialog antara penganut agama Islam dan agama Kristian untuk mencapai persefahaman dan mewujudkan perpaduan antara penganut kedua-dua agama berasaskan kepada suruhan ‘Cinta kepada Tuhan’ dan ‘Cinta kepada Jiran’.

Di Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama dan adat resam, sudah lama mengamalkan toleransi dan persefahaman antara agama sehingga dapat hidup secara aman damai dan harmoni, puluhan tahun lamanya. Setiap kaum bebas mengamalkan dan menzahirkan anutan agama masing-masing tanpa rasa takut selari dengan perlindungan yang diberikan oleh perlembagaan.

Fikirkan pula keadaan sebaliknya yang sedang dihadapi oleh etnik Rohingya di Myanmar yang ditindas semata-mata kerana anutan mereka yang berbeza dengan anutan majoriti, walaupun hakikatnya mereka merupakan peribumi di negara mereka sendiri.

Hak kebebasan dalam beragama ini dinikmati sepuas-puasnya oleh warganegara Malaysia dan hak ini dijamin dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) mengiktiraf :
“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Namun apa yang menyedihkan ialah, mutakhir ini, jelas kedengaran suara-suara sumbang yang mendakwa kononnya hak beragama warganegara bukan Islam ditindas dan dianaktirikan, seolah-olah mereka adalah warganegara kelas kedua. Kononnya pemerintah Melayu beragama Islam pilih kasih dalam memerintah negara sehingga terhasil polisi-polisi berat sebelah yang mengganggu-gugat perpaduan antara kaum dan keharmonian antara penganut pelbagai agama minoriti. Lalu muncul kumpulan-kumpulan yang mencadangkan dialog-dialog antara agama untuk mempromosi persefahaman antara penganut agama Islam dengan bukan Islam. Namun ada ketikanya, amat malang sekali apabila sesi-sesi pertukaran buah fikiran antara agama menjadi medan untuk menghentam dan menghina Islam dan penganutnya.

Modus operandi yang menjadikan dialog-dialog antara agama ini sebagai platform untuk cuba mengangkat agama-agama lain setara dengan agama Islam, adalah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara. Kononnya sepatutnya tidak ada ‘fahaman’ yang lebih tinggi kedudukan daripada fahaman-fahaman lain, adalah ‘jarum halus’ untuk menidakkan ‘Islam sebagai agama bagi Persekutuan’ melalui ‘pintu belakang’.

Kita tidak harus lupa bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan :
"Islam ialah agama bagi Persekutuan",

Ini dengan sendirinya menjelaskan ketinggian kedudukan dan kedaulatan agama Islam di negara ini jauh lebih tinggi daripada lain-lain agama.

Mungkin semua agama menyuruh kepada kebaikan, tetapi itu tidak bermakna semua agama akan membawa kita kepada kebenaran. Sebagai Muslim hal ini sudah jelas malah harus lebih diperjelaskan lagi. Janganlah pula ada antara kita mencuba-cuba untuk memberi definisi baru kepada Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai Malaysia yang sudah terbukti berkesan dengan baik. Kita tidak ada halangan untuk berharmoni sesama kita, tetapi itu tidak bermakna kita sedia menerima pluralisme agama dengan berlapang dada!

Reference : https://www.menara.my/boleh-berharmoni-tetapi-jangan-sampai-promosikan-pluralisme-agama/

Jelas?

Stay tuned on my next post ο€—
.....What is Liberalisme? 

PART 1 : What is Sekularisme? 😨

Sekularisme? 
Pernah dengar?
Tahu?

Sekularisme adalah fahaman (doktrin) yang MENOLAK atau MEMISAHKAN agama atau ciri-ciri keagamaan dari urusan dunia samaada urusan pemerintahan, pendidikan, ekonomi, dan lain-lain.

Haa, unsur sekularisme ni kita boleh tengok berdasarkan ciri-ciri :
1. Penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran akan merugikan agama lain.
2. Menganggap Islam sangat keterbelakang dan primitif.
3. Menolak agenda beragama demi kepentingan politik.
Jadi sekarang dah tahu kan sekularisme tu apa, dan bagaimana ciri-ciri sekularisme? 


Okay baiklah, kita proceed.

Antara contoh sekularisme yang kita boleh nampak sekarang adalah :
1. Larangan memakai tudung di sekolah bagi pelajar perempuan Islam.
2. Laungan azan perlu mendapat kebenaran daripada penduduk setempat.
3. Mempertikaikan keperlembagaan Mahkamah Syariah.
4. Perancangan halus untuk meruntuhkan institusi raja.

Jelas bukan?
Bagaimana mungkin kita masih mampu tenang saat ideology sebegini meresap dalam jiwa-jiwa umat Islam pada hari ini?

Fikir sejenak.
We need to make an action!
Yes, we!


Stay tuned on my next post ο€—
.....What is Pluralisme? 

What Happen To Islam? 😣

Dulu?
ISLAM diatas.
Diperjuangkan tanpa batasan,
Kerananya, nyawa sanggup dikorban,
Kerananya, kemewahan dunia ditinggalkan.
Kini?
Islam diinjak-injak.
Dibiarkan jatuh dan direndahkan.
Bahkan, kerana dunia, ia diabaikan.
Kerana dunia, ia ditinggalkan.
Pernah tak kita ambil peduli tentang apa yang jadi kini? Pernah tak kita ambil tahu generasi dan dunia bagaimana hari ini?
Pernah?
Sekeliling kita, masyarakat kita, kita sendiri?
Apa pernah?
Ancaman yang menghampiri dunia islam kini kita pandang sebelah mata. Seakan-akan itu hanya perkara kecil buat kita.
Jangan sahabat! Kita semua adalah umat Islam. Kita pegang tanggungjawab sebagai khalifah untuk mempertahankan Islam.

Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Az-Zariyat ayat 56?
ο»­َﻣَﺎ οΊ§َο» َﻘْοΊ–ُ ﺍﻟْοΊ ِﻦَّ ο»­َﺍﻟْﺈِﻧْοΊ²َ οΊ‡ِﻟَّﺎ ﻟِο»΄َﻌْοΊ’ُοΊͺُο»­ο»₯ِ
Maksudnya ;
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Rasulullah dan sahabat buat macam-macam semata untuk lihat Islam ada dalam jiwa seluruh umat manusia, tapi apa yang kita balas pada Rasulullah?
Allahu. Ampunkan kami Ya Allah. 

Sahabat, ayuh kita lihat 10 ancaman yang sedang generasi dan dunia islam berdepan pada hari ini.
1. Sekularisme
2. Pluralisme
3. Liberalisme
4. Syiah
5. Evangelis
6. Islamic State
7. Ajaran Sesat
8. Human Right
9. Fahaman Ekstrem
10. Hedonisme

Tahu? Segalanya akan dihuraikan pada post berikutnya.
Stay tuned. 

Let's Make an Action, Syabab ! 😷

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu πŸ’•

Okay, so now, as you guys know, this is my second post (actually my assignment). Opsss hahaha. πŸ˜‚ And the main topic I choose for my assignment ofcourse are related with Dakwah. What? Stay tuned. πŸ€— Hehehe.

ALRIGHT.

Bismillah..... πŸƒ

Sahabat,

Kita mengaku kita Islam kan? 
Dan kita tahu hanya Islam agama kebenaran bukan? 

Benar atau tidak? 

Tanya hati, tanya iman.

Sedar atau tak, kerana Islam lah terbangunnya negara-negara di serata dunia dengan maju dan pesat. 

Kerana Islam lah, lahirnya tokoh-tokoh ilmuan hebat yang berjaya. 

Kerana Islam lah, Rasul kita, berkorban segala-galanya.

Ya, Islam! 
Agama Islam! 

Agama yang bermati-matian Rasulullah perjuangkan. Agama yang bermati-matian para sahabat dan syuhada perjuangkan. 

Agama Islam sahabat! 

Kita tahu! Kita mengaku!

Tapi mana bukti kita? Apa yang kita dah buat untuk selamatkan Islam macam dulu? Apa yang kita korbankan untuk kembalikan zaman kegemilangan Islam macam dulu? 

Apa? 

Kita kata kita cinta Allah, kita kata kita sayang nabi, tapi kita tak buktikan apa-apa pun! 

Kita biar Islam dijatuhkan! Kita biar Islam direndah-rendah!  Kita biar saudara seagama disiksa dengan zalim dan kejam! 

Kita biar semua tu tanpa sekelumit pun rasa sedih, rasa kecewa. 

Bahkan, kita masih mampu leka dengan dunia. Ya, masih mampu hanyut dalam arus keseronokan dunia seperti mati itu tiada! 

Perintah Allah kita tolak tepi, sunnah Rasulullah kita abai tanpa peduli. 

Dengan sikap kita inikah Islam akan kembali cemerlang? 

TIDAK! TIDAK! Dan TIDAK! 

Tak perlu pandang sisi lain, cukup pandang diri kita dan sekeliling. 

Kita hidup di negara Islam, negara Malaysia. Tapi apa kita pasti, Malaysia yang maju dan aman ini tiada apa-apa ancaman yang mendatang? Apa kita yakin?

Sedarkah kita, berbagai ancaman mula menghampiri generasi Islam dan dunia Islam?

Kita hidup di akhir zaman sahabat, segalanya bermula di era ini, penghujung kehidupan ini. 

Tak perlu tunding jari pada negara luar kerana negara yang kita huni kini juga dalam tak sedar sudah terancam dek bermacam pengaruh.

So, what our action?
What?

Ask yourself now,

If not us, who? 
If not now, when? 

Henshin syabab sekalian!
Islam need us!

😞😞😞

❣️ We're DAI'E ✍️

Daie Penyebar Inspirasi 💝

Daie itu kau,
Walau umat manusia tidak meminta,
Walau negara terus rasa selesa,
Walau masyarakat bergerak gembira tanpa rasa kecewa,
Walau itu dan ini jadi alasan sebuah cerita,
Kau tetap perlu mulakan langkah dengan ilmu di dada,
Untuk apa?
Untuk baiki umat zaman ini yang makin hanyut tenggelam dalam hedonisme dunia!

Kau hidup di dunia bukan untuk seronok dengan kemewahan yang ada,
Kau pegang tanggungjawab besar untuk sama2 bantu manusia kembali ke jalanNya.

Penat?
Jangan risau duhai hati,
Tiada yang lebih hebat daripada syurga sebagai ganjaran dari Ilahi.

Ya!
Jika ujian dalam dakwah yang buat kau rebah dan putus asa,
Ingatlah bahwa Allah tidak biarkan kau berduka saat kau menolong agamaNya.

Kau, aku, dia adalah daie pencetus inspirasi buat umat manusia.

HaKhaDa (Hamba Khalifah Daie) 💪💕

 
Queen of Dai'e πŸ‘‘ Blog Design by Ipietoon